YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 2

Hari yang mendebarkan

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum kepada semua yang membaca entry ini mahupun yang hanya meng-usha2 sahaja.


As we know,pada hari khamis bersamaan 22 Disember 2011 merupakan tarikh yang paling mendebarkan bagi calon-calon PMR 2011.Ini kerana pada tarikh tersebut,keputusan PMR akan diumumkan kepada semua calon2 PMR(ayat macam nak buat karangan)


Okay,so pada hari itu aku dengan penuh bersemangat melangkah masuk ke pintu pagar sekolah bersama Zahidah dengan harapan mendapat keputusan yang diinginkan.
Bila sampai je kat dewan terbuka,kelihatan calon-calon PMR sudah membanjiri kawasan sekolah.Ada yang berbual,ada yang melepaskan kerinduan tehadap kawan-kawan dan kekasih mereka,ada yang menangis(belum tahu keputusan dh nangis),ada yang kelihatan gelisah,gundah,tidak tenang,sedih,gembira,cool dan sebgainya.Ada  juga yang lepak di kantin dan ada juga yang tidak ketinggalan bergambar bersama kawan2 di tepi-tepi koridor sekolah,di tandas dan ditapak perhimpunan.


Berbalik kepada cerita tadi,aku dan zhdah berjalan menuju ke kantin sementara menunggu keputusan PMR diumumkan.Setelah beberapa minit,akhirnya keputusan PMR telah diumumkan.
Semua calon beratur mngikut kelas masing-masing.


Dipendekkan cerita...


Sesampai je aku kat dewan terbuka,tiba-tiba aku terdengar sesuatu bunyi yang sangat kuat seperti halilintar membelah bumi #sound effect.please#


okayy,straight to the point


Lepas dapat keputusan PMR,calon-calon pmr yang b'jaya semua dok teriak2 kat dewan.Ada yang menangis,ada yang excited gilaa ada jgak yang buat muka cool je(balik rumah  nangis la tu)


Then,bila tiba turn,aku pun merajinkan tanganku menyambut slip PMR yang diberikan oleh guru kelas aku.Aku dengan perlahan- lahan melihat slip PMR dengan perasaan yang gundah gelana.Jantungku berdegup kencang,hatiku tergelitik dan angin sepoi-sepoi bahasa mula datang ke arahku.
Dan bila aku tengok je kat slip PMR...
Alhamdulillah aku dapat,,
Oh lupa plak,sebelum bkak slip tu aku baca bismillahirrahmanirrahim....
Jadi ini lah keputusannya...


Bahasa Melayu- A
Bahasa Inggeris-B
Mathematics-D
Science-B
Sejarah-B
Geografi-C
Khb(perdagangan)-C
Pendidikan Islam-A
Bahasa Arab-C


Alhamdulillah dapat 2 A,walaupun aku sebenarnya target nak dapat 3 A.Apapapun aku bersyukur dan gembira dengan keputusan yang aku dapat.


Dah panjang sangat dah aku tulis ni,so aku nak berhenti samapai sini je la.
Assalamualaikum..